Benih Kelapa Pandan
Benih Kelapa Pandan ini berasal daripada varieti unggul yang terkenal dengan aroma pandan yang wangi dan unik. Ia sesuai untuk ditanam secara komersial atau di halaman rumah bagi tujuan jangka panjang. Pokok ini mudah dijaga dan berpotensi tinggi untuk pengeluaran air kelapa berkualiti. Pilihan terbaik untuk mereka yang ingin memulakan tanaman kelapa sendiri.
Speksifikas
-
Varieti: Kelapa pandan (beraroma wangi pandan)
-
Umur anak benih: 6–8 bulan
-
Ketinggian: 1.5–2 kaki
-
Sumber: Ditanam daripada ibu pokok berkualiti tinggi
-
Akar hidup dan aktif
Kelebihan
-
Menghasilkan air kelapa beraroma wangi semula jadi
-
Pokok rendah dan mudah dituai
-
Sesuai untuk penanaman komersial dan persendirian
-
Tahan lasak dan adaptif dengan pelbagai jenis tanah
Manfaat
-
Memberi hasil ekonomi jangka panjang
-
Menambah nilai estetika kawasan rumah atau ladang
-
Sumber air kelapa semula jadi tanpa bahan kimia
-
Potensi tinggi untuk dijadikan produk hiliran (air kelapa, jeli, dan sebagainya)
Cara Menanam
-
Gali lubang sedalam 1–1.5 kaki
-
Masukkan baja asas (tahi ayam / kompos) sebelum tanam
-
Pastikan akar anak benih menghadap ke bawah
-
Tanam dan padatkan tanah di sekeliling
Cara Penjagaan
-
Siram 1–2 kali sehari dalam tempoh awal penanaman
-
Baja setiap 2 bulan dengan NPK 15:15:15
-
Bersihkan kawasan sekeliling daripada rumput liar
-
Pastikan saliran air baik untuk elakkan akar reput








